
01.05.2026
Proses perobohan Masjid lama, membersihkan tapak dan memulakan pembinaan Masjid Jame Abu Bakr Siddiq Jamia Ziaul Ulum telah bermula dan kini sedang giat dibangunkan dengan kesungguhan dan pengharapan ia menjadi nadi membentuk jiwa anak-anak muslim dan penduduk kampung berdekatan menghayati nilai dan jiwa Islam adalah cara hidup sempurna mereka.
01.05.2026
Keadaan masjid yang terlalu dhaif ini membuka ruang dan peluang yang luas untuk dermawan malaysia berebut ganjaran istimewa akhirat iaitu "Istana Syurga" seperti sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang membina sebuah masjid kerana Allah, samada kecil atau besar, pastilah Allah akan membina untuknya sebuah rumah (istana) di syurga". - Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim