Skip to main content

Beberapa berita baik

Kami di pihak Global Nour melalui kempen Nour Bina, mengambil inisiatif untuk meneruskan Projek Pembinaan Masjid Jame Abu Bakr Siddiq (ziaul Ulum) Noorpur, Bhokraha, Narsingh, Sunsari dan juga Masjid Umar Al-Khattab (Millat Public School) Amahi Belha, Sunsari, Nepal.

Jun 13 / 2026

Laporan Korban 2026 telah sedia!

Berita gembira buat peserta korban Nour Qurban 1447H, Global Nour. Laporan bergambar dan video telah selesai.

Jun 10 / 2026

pihak jamia ziaul ulum telah berkongsi beberapa gambar tentang status perkembangan terkini pembinaan masjid mereka.

Sejak perasmian meletak batu asas tiang utama Masjid Jame Abu Bakr Siddiq tempohari, pihak di sana kembali memberikan perkembangan terkini pembinaan itu. Mereka sangat berharap ia dapat disiapkan segera! Ayuh rakyat Malaysia, kita sama-sama reasisasikan impian mereka demi Istana Syurga yang kita impikan. pautan di Globalnour.com

Jun 05 / 2026

korbanku.com adalah hak milik global nour melalui kempen nour qurban

Buat pengetahuan anda, lama web ini adalah milik PertubuhanGlobal Nour (PPM-002-10-23092024)

Seterusnya

Nour Bina

masjid jame abu bakr siddiq jamia ziaul ulum

01.05.2026

Proses perobohan Masjid lama, membersihkan tapak dan memulakan pembinaan Masjid Jame Abu Bakr Siddiq Jamia Ziaul Ulum telah bermula dan kini sedang giat dibangunkan dengan kesungguhan dan pengharapan ia menjadi nadi membentuk jiwa anak-anak muslim dan penduduk kampung berdekatan menghayati nilai dan jiwa Islam adalah cara hidup sempurna mereka. 

NOUR BINA

MASJID JAME UMAR AL-KHATTAB

01.05.2026

Keadaan masjid yang terlalu dhaif ini membuka ruang dan peluang yang luas untuk dermawan malaysia berebut ganjaran istimewa akhirat iaitu "Istana Syurga" seperti sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang membina sebuah masjid kerana Allah, samada kecil atau besar, pastilah Allah akan membina untuknya sebuah rumah (istana) di syurga". - Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim

Kelengkapan Komputer Millat Public School

Permintaan pihak sekolah agar dibantu melengkapkan keperluan komputer

28.05.2026

Semasa melaksanakan amanah korban hari raya pertama di sana, pihak sekolah membawa kami meninjau kelas, makmal komputer dan asrama mereka.